Tuesday, 20 November 2012

Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme guru mungkin berkembang dalam ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut: -Profesional melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif -Profesional mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan - Profesional memainkan peranan signitan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan - Profesional dipertanggungjawabkan mengguna dan mengamalkan amalan-amalan yang terbaik (Sagor,2000)